Firming Cream

0
938

Firming Cream merupakan gabungan herba terpilih yang diadun bersama minyak kelapa dara bagi menambah saiz payudara di samping membentuk payudara anda agar ia tampil lebih tegang, pejal dan menawan.

Khasiat Firming Cream

  • Menambah saiz payudara
  • Membantu menegang dan memejalkan payudara
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Membantu mengatasi masalah kulit
  • Mengembalikan warna asal puting
  • Mencerahkan kulit

Kandungan Firming Cream

Pueraria Mirifica: Pueraria Mirifica mengandungi phytochemical seperti daidzein, genistein, tectorigenin dan perarin yang bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel dan serangan kanser. Di samping bertindak menganjal dan membesarkan saiz payudara, herba ini juga berupaya mengekalkan kelembapan kulit, serta mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus agar kulit tampil lebih halus dan remaja.

Kigelia Africana: Herba yang mengandungi agen antioksidan ini sering digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Afrika bagi memulihkan masalah kulit seperti kegatalan dan kanser kulit. Selain berupaya membantu menentang penghasilan sel melanoma yang merupakan sejenis sel kanser kulit yang berbahaya, Kigelia mengandungi phytochemical seperti flavonoid, luteolin dan quercetin berupaya mengukuhkan struktur kolagen di bahagian tubuh seterusnya membantu memejalkan bahagian payudara. Herba ini juga berupaya mengurangkan kesan garis-garis halus dan kedutan di samping mencerahkan pigmen kulit, mengekalkan kelembapan kulit, serta membantu mempercepatkan pemulihan luka dengan fungsi antibakterianya.

Minyak Kelapa Dara: Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dalaman dan luaran, seperti meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel di samping mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.

Cara Penggunaan Firming Cream

  1. Gunakan 2 kali sehari setiap pagi dan malam.
  2. Sapukan Firming Cream di kawasan payudara dan ratakan.
  3. Urut secara pusingan selama 3-5 minit sehingga krim menyerap sepenuhnya ke dalam lapisan kulit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here