Rapat Ajaib V’Asia dihasilkan daripada adunan herba terpilih yang telah diamalkan sejak turun-temurun untuk memelihara kesihatan dalaman kaum wanita. Di samping membantu merapatkan keintiman para isteri, ia juga berkesan untuk mengatasi masalah keputihan, kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan seterusnya menyegarkan lagi bahagian intim anda.
KEBAIKAN RAPAT AJAIB V’ASIA
- Mengetatkan dinding faraj
- Meningkatkan cengkaman otot faraj
- Meningatkan rangsangan pada bahagian intim
- Mengembalikan keperawanan para isteri
- Menghangatkan bahagian intim wanita
- Meningkatkan kualiti hubungan intim suami dan isteri
- Mengatasi masalah keputihan, kegatalan serta bau yang kurang enak pada faraj
- Bebas daripada bahan kimia yang berbahaya
- Tiada kesan sampingan
KANDUNGAN RAPAT AJAIB V’ASIA
Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, malah berupaya membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita. Ia juga berkesan untuk mengatasi masalah keputihan, manakala sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk mengecutkan tisu faraj.
Kunyit: Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta meningkatkan ketegangan tisu kulit terutamanya di bahagian intim kaum wanita. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.
Akar Serapat: Akar serapat merupakan antara herba yang berkesan untuk mengetatkan otot faraj. Ia berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Ia juga mampu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid.
Sirih: Daun sirih yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini mampu mengatasi masalah keputihan dan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita selain menentang sebarang jangkitan mikroorganisme seperti kuman dan bakteria serta merawat masalah jerawat dan kegatalan pada kulit.
Temulawak: Temulawak yang berasal daripada keluarga halia ini berperanan menyingkirkan toksin serta mencegah serangan bakteria yang boleh merosakkan kulit.
Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit, memudarkan kesan parut, meningkatkan kelembapan kulit dan mengetatkan bahagian faraj.
Zaitun: Minyak zaitun mampu memelihara kelembapan dan kehalusan kulit, mengatasi masalah kulit kering di samping menjana tisu faraj yang lebih sihat.
Mas Cotek: Herba ini sering digunakan dalam rawatan tradisional Melayu untuk berupaya merapatkan pintu rahim, meningkatkan keinginan seksual bagi para isteri, menyingkirkan toksin serta mengekalkan kehalusan kulit di sekitar faraj.
Tawas: Tawas yang bersifat antibakteria dan antiseptik mampu membasmi mikroorganisme seperti kulat dan bakteria bagi melindungi kulit daripada kerosakan. Malah, ramuan ini juga berkesan untuk menegangkan kulit serta mengatasi masalah bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan terutamanya di bahagian faraj.
CARA PENGGUNAAN RAPAT AJAIB V’ASIA
- Masukkan sedikit kandungan Rapat Ajaib ke dalam bahagian faraj secara perlahan-lahan.
- Biarkan selama 30-50 saat dan tarik keluar secara perlahan-lahan.
- Gunakan setiap kali sebelum bersama suami.
- Bagi merawat masalah keputihan, amalkan 3-4 kali seminggu.
- Bilas dengan air setiap kali selepas kegunaan dan keringkan bahagian faraj.